Sunday, January 18, 2009

8 RESOLUSI KEWANGAN TERBAIK HADAPI 2009


“Selamat Tahun Baru buat semua! Awal tahun begini, kita kerap mendengar orang di sekeliling bercakap mengenai resolusi baru. Anda pula bagaimana? Anda mungkin di antara mereka yang sudah pun membuat beberapa resolusi untuk tahun 2009, tetapi ingat, jangan pula lupa untuk memasukkan resolusi
kewangan ke dalam senarai itu. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan dalam membuat resolusi kewangan anda."


Resolusi Kewangan 1

Ketahui matlamat kewangan yang mahu dicapai tahun ini Buat matlamat kewangan yang ringkas, padat dan jelas bagi tahun ini dan mulakan usaha ke arah mencapai matlamat tersebut. Contohnya, matlamat kewangan anda pada tahun ini ialah melunaskan semua hutang kad kredit.

Oleh itu, mungkin anda boleh menghentikan penggunaan kad kredit dan mula membayar melebihi jumlah minimum yang dinyatakan pada penyata setiap bulan. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi. Jika ini sukar untuk dilaksanakan, tetapkan satu tarikh yang realistik untuk menjelaskan semua baki tertunggak bagi kad-kad tersebut.


Resolusi Kewangan 2

Urus kewangan anda dengan bijak! Jangan lagi membeli mengikut gerak hati atau berbelanja untuk barangan yang tidak perlu. Buat belanjawan bagi setiap benda yang anda ingin beli dan lunaskan hutang sebanyak mana yang boleh. Pastikan anda melaburkan lebihan wang secara bijak dan mula membuat tabungan untuk masa depan.


Resolusi Kewangan 3

Ketahui tentang pelaburan anda Sekiranya anda aktif dalam pelaburan, tahun ini, jangan hubungi remisier atau broker saham anda untuk bertanyakan saham mana yang anda perlu beli setiap kali pasaran saham naik. Jadilah pelabur bijak dengan menanam tabiat mengambil tahu tentang pelaburan anda.

Bacalah prospektus syarikat, laporan tahunan dan buatlah penyelidikan yang secukupnya sebelum melabur dalam mana-mana produk pelaburan. Elakkan daripada bergantung kepada ramalan atau khabar angin di pasaran semata-mata dalam membuat sebarang pelaburan - sebaliknya keputusan pelaburan anda perlu berasaskan pengetahuan, maklumat tepat atau nasihat profesional berlesen / berdaftar.


Resolusi Kewangan 4

Kuatkuasakan hak anda! Mulalah dapatkan pengetahuan mengenai hak-hak anda sebagai pelabur. Setiap kali anda membeli produk pelaburan, ketahui hak-hak anda dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan sekiranya hak anda dilanggar. Sepenuhnya dalam Maskulin Januari ini.

No comments:

Post a Comment