Sunday, January 18, 2009

TREND 2009 GAYAKAN FRINGE



Semua trend fesyen akan bertukar dan berkitar semula. Fesyen lama dimunculkan kembali, tetapi dengan sentuhan baru. Bukan sahaja fesyen pakaian dan aksesori, begitu juga dengan gaya rambut lelaki. Untuk tahun baru 2009, gaya baru sudah keluar, masuk pula gaya lama. Atau dengan kata lain, gaya rambut lama dengan olahan baru.

Tahun 2009 memperlihatkan dua kategori berbeza gaya rambut lelaki iaitu gaya lebih kemas ala school boy dan funky, gaya rock star. Di pentas peragaan antarabangsa 2009 juga menyaksikan beberapa pereka menampilkan koleksi pakaian mereka dengan gaya rambut berinspirasikan potongan klasik.

Gaya rambut fringe jadi tumpuan!

Abbos, pelajar dan model sambilan dan memiliki gaya rambut panjang yang telah melalui teknik rebounding. Namun dia menghadapi masalah untuk menggayakan rambutnya itu. Dia tidak dapat menggayakan rambutnya mengikut stail yang disukai. MASKULIN membawanya ke salun Hairkunst untuk membuat perubahan terhadap gaya rambutnya itu. Dia memilih untuk menggayakan fringe.


Bagaimana potongan dan menggayakan fringe?

Trend gaya rambut fringe 2009 untuk lelaki datang dalam kepanjangan rambut yang variasi. Jadi, gaya ini memudahkan anda ‘bermain’ dan menggayakannya agar sesuai dengan bentuk muka. Biasanya potongan rambut fringe akan pendek di bahagian tepi dan belakang, manakala rambut bahagian depan lebih panjang menutupi atau melepasi dahi.

Potongan side swept fringe lebih hebat berbanding cropped fringe yang kelihatan biasa. Sama ada anda meluruskan rambut menggunakan straightening iron atau sememangnya anda memiliki rambut lurus semula jadi, perlu anda tahu semua trend fringe lelaki 2009 adalah mengenai tekstur (layered detail).

Trend fringe bertekstur ini dikatakan akan menjadi gaya rambut yang bakal bertahan lama. Dan untuk menggayakan gaya rambut ini serta memberikan lebih tekstur dan funky, gunakan matte wax atau pomade yang sesuai.

No comments:

Post a Comment