Wednesday, April 15, 2009

SeLaMAt MeNEmPuHi FiNaL ExAm


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kepada sume kawan-kawan ku....jawab lah exam gan sesungguh hatinye k...same-same kita wat terbaik...kalo nampak aku cam x leh jawab jer...pandai-pandai ler....hahahahahah....gud luck 4 our proposal gak...

Friday, March 20, 2009

TrIpS To PaNGkoR

13-15 Mac 2009: sekali lagi saya bertindak sebagai pengarah program yang dibantu oleh ketua-ketua blok yang lain menjayakan program Kursus Pemantapam Organisasi & Kepimpinan kat Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor...seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada AJK Blok KAB telah menyertai kursus ini...banyak slot yang kami jalankan seperti slot ceramah protokol, organisasi dan kepimpinan...selain itu bagi LDK pula kami telah mengadakan simulasi bagi apa yang telah disampaikan semasa ceramah tersebut...simulasi kami adalah mengadakan program ketika krusus ini berjalan...bermakna dua program dalam satu masa...memang seronok..diharapkan ramai yang dapat belajar dari simulasi tersebut...




Thursday, March 19, 2009

KeM KepImPiNaN SMK CliFfoRd, PaHAnG

6-8 Mac 2009: satu lagi program kem kempipinan telah diadakan..tapi kali ini kami lakukan kat Pahang, SMK Clifford. Perjalanan yang agak jauh kami lalui untuk sampai kat Kuala Lipis tu..tetapi apabila sampai..rasa seronok ada juga..sebab tengok bangunan sekolah tu memang antik..milik arkib negara..tetapi matlamat kami hanya satu, RUN program sehabis baik...peserta kami terdiri dari kalangan pengawas asrama sekolah itu dari tingkatan 5 dan 6...sangat berpuas hati dengan program ini..kerjasama amat baik ditunjukkan...perasmian dilakukan oleh pengetua sekolah itu sendiri..Yang Berbahagia Datin HJh Ragayah...Jom layan gambar program








satu kenangan berharga buat kami...terima kasih semua...

Tuesday, March 10, 2009

KeM KepImPiNaN SMK SeGaMBut JaYa

20-22 febuari 2009 - kumpulan saya yang terdiri dari 10 orang telah mengadakan satu kem kepimpinan insan terbilang di sekolah menengah kebangsaan segambut jaya, kuala lumpur. program motivasi selama 3 hari 2 malam ini berjaya kami laksanakan semata-mata untuk memenuhi satu tugasan esingment P.P Bimbingan & kaunseling. program ini mensasarkan pelajar tingkatan empat yang juga merupakan bakal pengawas asrama sekolah tersebut. banyak yang kami belajar ketika program ini. ini juga merupakan salah satu cara kami belajar untuk melakukan sesuatu program terutamanya ketika kami menjadi seorang kaunselor suatu hari nanti. jom tengok gambar.


ni ketika perasmian pembukaan program yang dirasmikan oleh pengetua smk segambut jaya.


malam persembahan para peserta


slot perbincangan bersama fesilitator



slot sibuta ku sayang yg menunjukan sifat kepimpinan pelajar


bersama kaunselor sekolah segambut jaya..cikgu kamal..

segala pengalaman manis kami berkongsi bersama semasa menjalankan program ini..

Monday, February 2, 2009

Hari Ini dan Esok Tidak Pernah Sama....

Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan. Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba. Jika anda tergolong dalan golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.

Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba. Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata. Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.

Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti. Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, besok mungkin anda menikmatinya. Jangan terlalu susah hati jika sakit, besok mungkin anda sembuh. Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, besok mungkin anda berada.

Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia. Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergibiar bagaimana dijaga.

Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai, terlalu menyayangi, amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya. Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.

Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan. Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah. Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah. Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing, ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.

Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon yang tidak pernah tahu skripnya. Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin tetapi kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya. Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan, adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.

Kejatuhan bukan penghujung dunia. Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita. Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar. Bukanlah kita mengharapkan bencana, tetapi jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita...

Nikmatilah Kehidupan Anda

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam
kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar
mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar
kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja
ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko
besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat
dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada
yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu
berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah
diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah
keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda
tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda
sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih
teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat
adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi
kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang
berubah.
Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita
gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...

Kita Bukan Semuanya Alright....

Apakah masalah anda sudah selesai, atau masalah dulu masih di situ?Hai, ruginya membina derita dalam usia kita yang pendek ini. Bawa-bawalah hati tu agar berbahgia, sebab derita di sini, mungkin berlanjutan hingga ke 'sana', dan boleh jadi kalau bahagia di sini, berbahgia pula di 'sana'. Insyallah...

Apa? Pasangan anda masih dengan perangai lama? Puas dah buat macam-macam, tapi masih begitu? Apa lagi yang boleh saya katakan kecuali bersabar. Takkan saya hendak menyarankan anda memberontak hingga jatuh nusyuz atau derhaka, sudah tentu saranan bersabar itu yang terbaik.

Mungkin anda akan bertanya " Sampai bila saya nak bersabar?". Jawapannya, sampai dia berubah!!

Memanglah untuk terus bersabar itu sesuatu yang menyakitkkan. Manakan tidak, kalau sejak kawin sampai sekarang, pasangan anda masih dengan sifat pemarahnya itu; kalau sejak kawin sampai sekarang, dia masih dengan sifat pemalasnya itu; kalau sejak kawin sampai sekarang dia masih kaki perempuannya itu; memanglah menyakitkan. Tapi cuba pujuk-pujuk hati dan rayu-rayu perasaan dengan janji Allah.

Hidup memang penuh dengan hipokritnya yang tersendiri, penuh dengan ketidakadilan dan kadang penuh dengan kepalsuan. Hakikat kesempurnaan dan keadilan hanya ada di sisi Tuhan. Selagi namanya manusia dan hidup pula di bumi yang bakal fana ini, mahu tidak mahu kita akan terdedah pada situasi-situasi kehidupan yang kadang tiada keadilan dan kadang-kadang sangat menyakitkkan.

Sekurang-kurangnya kita sebagai orang Islam berpeluang menikmati keadilan yang sebenarnya itu di akhirat, orang kafir sudah tentu menderita di sana, walhal mereka dah cukup menderita dan mendapat ketidakadilan sebagaimana kita di sini.

Kita yang tersilap memilih pasangan kita sejak awal. Tatkala hendak mengakhiri zaman bujang, kita yang gelap mata hingga gagal meletakkan syarat-syarat tertentu kepada bakal suami atau bakal isteri. Dek terlalu cinta kita bertolak ansur dalam beberapa perkara padahal kita tidak menyukainya. Kita pejam mata dan terus menerimanya. Dek terlalu kasih kita buat seolah-olah tidak nampak beberapa kepincangannya yang jelas di hadapan mata kita.

Setelah perkahwinan berlalu, kita rasa tidak boleh berkompromi dengan kepincangan seperti itu, malah keburukan-keburukan yang kita tidak kita jangka sama sekali ada pada pasangan kita rupanya.

Alahai...kita yang membuat pilihan memang sudah sewajarnya kita menanggung kesemuanya sekarang.

Lagipun dalam menilai keburukan suami atau isteri, nilai juga diri sendiri. Bukan semuanya kita ini alright. Kalau dia boleh bersabar dengan karenah kita, kenapa kita tidak boleh bersabar dengan beberapa keburukannya.

Jinak-jinakkanlah diri kita dengan ahli agama, kelak kita akan tahu banyak perkara yang terselindung dari pengetahuan kita, padahal jika kita nampak sejak dari awal tentu kita dapat melihat hidup ini sebagai sentiasa berwarna cerah..

Dalam Pahit Itu Ada Manisnya...

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.

Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya

Winner VS Looser

The Winner says,”It may be difficult but it is possible”
The Loser says ,”It may be possible but it is too difficult”

When a Winner make a mistake, he says ,”I was wrong”
When a Loser make a mistake, he says ,”It wasn’t my fault”

The Winner is always part of the answer
The Loser is always part of the problem

Winner chooses what they say
Loser say what they chooses

The Winner sees an answer for every problem
The Loser sees a problem for every answer

Winner sees the gain
Loser sees the pain

The Winner says ,”Let me do it for you”
The Loser says ,”That’s not my job”

Winners believe in win win
Loser believe win for them and someone has to lose

A winner makes commitments
A Loser makes promises

Winner sees the potential
Loser sees the past

Winner makes it happen
Loser wait it happen

A winner creates vision
A Loser creates imagination

A winner says “I am doing it”
A Loser says “I’ll do it”

Which are you ?

MOneY


Money can buy a house, but not a home.
Money can buy a bed, but not sleep.
Money can buy a clock, but not time.
Money can buy a book, but not knowledge.
Money can buy food, but not an appetite.
Money can buy position, but not respect.
Money can buy blood, but not life.
Money can buy medicine, but not health.
Money can buy sex, but not love.
Money can buy insurance, but not safety

Bicara Dengan Bahasa Hati

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.

Semua itu haruslah berasal dari hati anda.
Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula.

Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam menjalani segala sesuatunya.

Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan
merengkuhnya dalam lengan yang kuat. Atau, membujuknya dengan berbagai
gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada keberhasilan anda

“Kedamaian hati adalah kedamaian sejati.”

Seorang Raja mengadakan sayembara dan akan memberi hadiah yang melimpah kepada siapa saja yang bisa melukis tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangkan lomba
tersebut. Sang Raja berkeliling melihat-lihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan yang benar-benar paling disukainya. Tapi, sang Raja harus memilih satu diantara keduanya.

Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga yang itu bagaikan cermin sempurna yang mematulkan kedamaian gunung-gunung yang tenang menjulang mengitarinya.
Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan ini akan berpendapat, inilah lukisan terbaik mengenai kedamaian.

Lukisan kedua menggambarkan pegunungan juga. Namun tampak kasar dan gundul. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan badai, sedangkan tampak kilat menyambar-nyambar liar. Disisi gunung ada air terjun deras yang berbuih-buih, sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian. Tapi, sang raja melihat sesuatu yang menarik, di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil diatas sela-sela batu. Didalam semak-semak itu seekor induk burung pipit meletakkan sarangnya. Jadi, ditengah-tengah riuh rendahnya air terjun, seekor induk Pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar-benar damai.

Lukisan manakah yang memenangkan lomba?
Sang Raja memilih lukisan nomor dua.
Tahukah Anda mengapa? karena jawab sang Raja, “Kedamaian bukan berarti Anda harus berada di tempat yang tanpa keributan, kesulitan atau pekerjaan yang keras dan sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meski Anda berada di tengah-tengah keributan luar biasa.”

“Kedamaian hati adalah kedamaian sejati.”

Hidup Adalah Anugerah

Pada suatu hari ada seorang gadis buta yg sangat membenci dirinya sendiri. Karena kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.

Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia berkata akan menikahi gadisnya itu kalau gadisnya itu sudah bisa melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendonorkan sepasang mata kepada gadisnya itu Yang akhirnya dia bisa melihat semua hal, termasuk kekasih gadisnya itu .

Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu , ” Sayangggg … sekarang kamu sudah bisa melihat dunia. Apakah engkau mau menikah denganku?” Gadis itu terguncang saat melihat bahwa kekasihnya itu ternyata buta. Dan dia menolak untuk menikahi si pria pacar-nya itu yg selama ini sudah sangat setia sekali mendampingi hidupnya selama si gadis itu buta matanya.

Dan akhirnya si Pria kekasihnya itu pergi dengan meneteskan air mata, dan kemudian menuliskan sepucuk surat singkat kepada gadisnya itu, “Sayangku, tolong engkau jaga baik-baik ke-2 mata yg telah aku berikan kepadamu.”

* * * * *

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih karena telah menyertai dan menopang bahkan di saat yang paling menyakitkan.

Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata- kata kasar Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum engkau mengeluh tentang suamimu, ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan untuk meminta penyembuhan sehingga suaminya TIDAK LUMPUH seumur hidup.

Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu, Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu Ingatlah akan para penganguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK DI SETIAP DETIK DALAM HIDUPMU, KARENA ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI untuk waktumu selanjutnya !!!

Apakah Anda Berpotensi menjadi Pemimpin?

Mari sejenak kita merenung sambil mencoba menjawab lima buah pertanyaan yang diajukan oleh Donald A. Laird, seorang psikolog, berikut ini;

1. Apakah Anda mampu menegur tanpa menimbulkan kemarahan?
2. Apakah Anda mampu menolak tanpa mengecilkan arti?
3. Apakah Anda mampu tertawa bersama bila kelucuan itu menyangkut
diri Anda sendiri?
4. Apakah Anda mampu memelihara semangat jika menghadapi suatu
kegagalan?
5. Apakah Anda mampu tenang jika harus menghadapi situasi darurat?

Pertanyaan di atas merupakan cara pengukuran yang sederhana untuk menilai apakah seseorang berpotensi untuk menjadi pemimpin. Apabila jawaban anda adalah “mampu” untuk semua pertanyaan di atas, maka anda mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin. Selamat!

KeSaBaRAn

Sekalipun ada keuntungan untuk menjadi yang pertama, tetapi
terdapat lebih banyak keuntungan dalam menjadi yang terbaik.
Di dunia yang serba instan dan segera ini, layaklah kita melihat
bagaimana melakukan sesuatu secara sepantasnya.

Terburu-buru dan ketidak sabaran adalah bisa berakibat fatal
dan rentan terhadap kesalahan. Pelajarilah nilai kesabaran.
Sekalipun rasanya seperti anda tertinggal jauh di belakang,
tetapi dengan usaha yang terukur dan tekun, lebih mungkin
anda akan berada di depan.

Kesabaran bukan berarti menunda-nunda pekerjaan. Kesabaran
berarti mengambil tindakan SEKARANG, yang akan membawa hasil
di masa depan. Kesabaran berfokus pada hasil terbaik - bukan
pada hasil tercepat atau termudah. Kesabaran berarti mengerti
bahwa perjalanan panjang memiliki hasil yang panjang pula.

Mulailah dari sekarang, dan bersabarlah. Siapa yang mencari
hasil segera - akan segera pula kehilangan hasilnya - itupun
kalau mereka bisa mendapatkan hasil.

Memang makan waktu untuk menghasilkan yang terbaik, tetapi
anda sendiri yang akan menikmati hasilnya…

KeMbaRa iLMu DaRUl MakMUr

26-31 Januari 2009... satu program telah diadakan di kg sepat, sg. dua Pahang..program ini adalah anjuran biro akedemik & kerjaya, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KAB...selama enam hari kami warga kolej KAB berkampung kat kg. sepat..banyak pengalaman yang menyeronokan, menyedihkan, dan pengalaman tidak terhingga yang kami semua dapat ketika berada di sana..program ini mendapat kerjasama dengan Persatuan Fesilitator Belia Pahang (FABEPA)..seperti biasa saya menjadi ajk kecil-kecilan sahaja..iaitu ajk pengangkutan & keselamatan...tapi cukup meletihkan....sepanjang kami berada disana bukan saje dapat keluarga angkat tapi banyak dapat ilmu mengenai usahawan tani seperti perternakan dll...selain program bakti kepada masyarakat kami juga ada program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah di sekitar kawasan kampung tersebut...Jom tengok gambar...


ni gambar kenangan bersama keluarga angkat kami...selain saya terdapat tiga orang lagi pelajar UPSI yang sama keluarga dengan saya iaitu Fath, Niza & Effy...keluarga kami memang best..sporting habis...banyak kenangan yang manis bersama mereka.



Apa yang best dekat kampung ni ialah dekat gan pantai...angin very mendayu-dayu setiap masa..memang syok...x pernah rasa panas...


ni kenangan bersama keluarga angkat kami kat Teluk Cempedak...best kat sana cam pesta..sempat gak la kami 2 kali pergi sana...walaupun x sempat mandi tapi syok jalan-jalan kat sana..


ni satu lagi kenangan yang takkan saya lupakan...panjat dan kopek buah kelapa...hahaha...semata-mata nak minum air kelapa yang fresh...


ni satu lagi yang pelik tapi menarik...orang yang nak jadi patung...memang sume orang ada pesona kan!!!


ni salah satu sekolah yang kami pergi untuk lakukan program motivasi kerjaya untuk pelajar tingkatan tiga..sekolah yang kami pergi ialah SMK Sg Soi..


ni ketika saya gan Fath jadi Emcee tak formal....kelam kelibut jadinya...hahaha

semua kenangan enam hari berada di kg Sepat memang tidak boleh dilupakan...Tahniah..

Sunday, January 18, 2009

Rahsia Baju Lelaki


Ha ,,, tengok2 lah wana baju yg pakwe korang slalu pakai.

Merah
Melambangkan sikap dominant, kuasa dan pehatian. Lelaki yg berbaju meah tak takut untuk menonjolkan dirinya dikalayak ramai. Juga turut dikatakan mempunyai sexual energy yg tinggi.

Merah Jambu
Mat jambu?..hehehehhe.. mane ade lelaki yg suka digelar cam tu. Kalo ade le pasangan korang yg pakai kaler nih, mungkin dia nak mencerminkan attitude nye yg bagus, tenang dan kesihatan dia yg bagus.. (pink of health). Tapi tak semua nyer tepat!


Hitam
Em, warna yg paling popular dlm ape gaya skali pun. Biase nyer lelaki yg suke pakai keler nih, nak kasi tau kat korang yg dia nih mahu dilihat bergaya elegen, mempunyai kuasa dan mempunyai sokongan org disekelling dia. Kalo kaler ni dikenakan kemas, ia membayangkan imej yg rapi, simple tapi…………….. versatile! Tapi, lelaki yg memakai kaler ni jugak dikatakan amat mementingkan dirinyer sendiri dan tak suke decontrol oleh teman nyer! Tapi,,,,kalo serba hitam sepanjang masa…. berkabung la kot!

Putih
Pakaian putih memberi maksud bersih, suci dan tidak tercemar! (Extrmely clean appearance). Dengan syarat,
pakaia tadi tidak kotor, tidak bercapuk2 @ bertompok2. ade juga yg mengatakan kaler nih mencerminkan si
pemakai mempunyai status sosial yg tinggi, keran ia nampak mahal mungkin juga sebab kaler putih yg sukar
dijaga.

Biru
Menegaskan sikap pemakainya yg boleh dipercayai dan mudah mesra. Kaler ini juga boleh mengubah penampilan
si pemakai kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnyer!. Lelaki yg suka pakai kaler ni pun, dikatekan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak perbalahan dan sanggup buat ape saje untuk pasangannyer! (bertuah badan dapat pakwe yg nih)

Kuning
Amat merangsang visual dan pemikiran! Lelaki yg suke pakai kaler nih dikatekan cuba memaparkan sikap optimistic, yakin terhadap kerjaya dan masa depan.

Burgundy
Dikaitkan dengan “passion” dan semangat yg tinggi. Turut dianggap warna yg mewakili status tinggi dan lambang kemewahan

Hijau
Lelaki yg pakai kaler nih, dikatekan selalu bersikap tenang dan relaks dlm ape jua keadaan. Mereka tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak
megendalikan hal2 kewangan!

Coklat
Kaler ni suatu mase dulu pernah dikaitkan ngan gaya tidak formal, tapi sekarang tidak lagi! Ianyer menjadi
kaler alternative untuk ke office selain kaler hitam, putih @ kelabu. Lelaki yg suker pakai kaler ni, dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suke cakap besar, matang dan bertanggungjawab disamping selalu merendah diri.

Kelabu
A touch of class. Warna kelabu mudah di suaipadan dgn sebarang kaler lain. Ia memperlihatkan personality lelaki yg efisyen, bijak dan tegas! Tapi, lelaki yg berpakaian kelabu turut dikatakan amtlah perlahan dlm membuat keputusan!

Rahsia Lelaki

Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka.
Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering
kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang
yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,
tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan
ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat
bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi
kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya
kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan
dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang
sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.



Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa
berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan
suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej
diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah
tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu.
Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu
kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata
yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen
dengan mana-mana gadis buat masa itu.



Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala
gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan
kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki
yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum
memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun
tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila
di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita
tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!



Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date.
Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras
rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap,
memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan
mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka
inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana
penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi
perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila
usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih
kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!



Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau
up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti
kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya
dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah
keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.



Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan
rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam
hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan
hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak
merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup.
Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai
pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam
hidup selepas kerjaya.


Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza
dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu
memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan
parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya
memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking
kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli
najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan
bola sepak.

Senarai Individu Terkaya Di Malaysia

Nilai kekayaan terkumpul 40 individu paling kaya di Malaysia tahun ini ialah AS$46 bilion (kira-kira RM150 bilion), meningkat AS$3 bilion (kira-kira RM9.8 bilion) daripada tahun lalu.

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu berkenaan adalah kira-kira 30 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun lalu sebanyak RM503.1 bilion dan lebih tinggi daripada hasil Kerajaan Persekutuan tahun lalu yang berjumlah RM141.8 bilion.

Mengikut laporan terbaru majalah Forbes Asia, bilangan rakyat negara ini yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion juga meningkat kepada 10 daripada sembilan tahun lalu.



Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan AS$10 bilion.

'Raja Gula' berusia 84 tahun itu meningkatkan nilai kekayaannya sebanyak AS$2.4 bilion tahun ini, menerusi pemilikan dalam pelbagai bidang perniagaan, seperti hartanah di Hong Kong, media dan paling utama penguasaannya dalam gergasi minyak sawit, Wilmar International.

Ini diikuti oleh Ananda Krishnan yang menguasai Maxis Communications Bhd dengan nilai kekayaan AS$7.2 bilion, merosot AS$200 juta daripada tahun lalu.
Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng pula menduduki tangga ketiga daripada keempat tahun lalu dengan nilai kekayaannya meningkat AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.

Pendatang baru dalam senarai rakyat negara ini memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion ialah Tan Sri Vincent Tan, dengan kekayaannya meningkat hampir AS$1 bilion kepada AS$1.3 bilion apabila harga saham Berjaya Corp yang dikuasainya melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 12 bulan lalu.

Sementara itu, lapan ahli perniagaan Melayu turut berada dalam senarai '40 Paling Kaya di Malaysia', didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary. Beliau berada di tempat kelapan senarai itu dengan nilai kekayaan AS$1.8 bilion.



Turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta) yang berada di tempat ke-11; Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta, tempat ke-20); Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta, tempat ke-21); Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi (AS$180 juta, tempat ke-30) dan Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta, tempat ke-34).

Individu Melayu lain yang berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (AS$150 juta, tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (AS$100 juta, tempat ke-40).

Forbes Asia dalam kenyataan dikeluarkan semalam berkata, pengiraan nilai kekayaan individu itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 9 Mei lalu.

Bagi pemilikan aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia.

Fesyen 1st Date Lelaki

First date atau temujanji pertama sememangnya membuatkan ramai yang tidak senang duduk. Apa tidaknya banyak perkara yang perlu difikirkan. Salah satu daripadanya ialah, pakaian apa yang perlu dipakai untuk pertemuan itu. Kalau tidak kena gaya, takut pasangan berasa tidak selesa atau malu untuk berjalan seiringan.

Maklumlah, wanita memang pentingkan penampilan. Jika si gadis tidak berkenan, pasti tiada lagi temujanji yang seterusnya. Kecuali ada sesuatu pada diri anda yang membuatkan si gadis tidak sanggup melepaskan diri anda begitu sahaja.

Satu fakta yang anda harus tahu, selain daripada memiliki rupa paras yang menarik, anda juga perlu berpenampilan menarik. Tak kan hendak keluar berselipar getah jika anda bercadang untuk membawa gadis idaman ke makan malam istimewa? Pasti ia pilihan yang teruk!

Jika anda mengharapkan ‘dia’ tampil menawan dan hot, anda juga perlu memberikan yang terbaik kepadanya. Barulah adil. Ingat! pandangan pertama selalu dijadikan panduan dalam memilih pasangan.

Masih tidak tahu apa fesyen yang sesuai digayakan? Tidak mengapa, di sini GUA berikan sedikit panduan untuk anda ikuti. Idea fesyen tersebut selain daripada praktikal, ia juga boleh disesuaikan mengikut aktiviti yang anda ingin lakukan bersama. Selamat mencuba!

1. Street Life

Gaya zip-up hoodie sebegini selalunya menjadi pilihan pemuda hip. Sangat selesa dan ‘kena’ apabila digayakan dengan denim berpotongan lurus. Jika anda mementingkan keselesaan diri dan juga pasangan, padanan ini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, pakaian ini kurang sesuai digayakan jika anda bercadang untuk makan malam romantik.

Jangan sesekali bergaya sebegini jika temujanji anda pada waktu siang. Sangat tidak sesuai kerana ia tebal dan boleh membuatkan anda kurang selesa jika cuaca terlalu panas. Lagipun, mesti anda tidak mahu berpeluh-peluh ketika berdating. Selain daripada kurang selesa, ia juga boleh mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan.


2. Live Smart

Jika ‘date’ anda suka dengan lelaki yang kemas dan ringkas, padanan ini sangat sesuai digayakan. Selain itu, penampilan ini memberi gambaran kepada si dia yang anda merupakan seorang yang kemas, teliti dan mudah menyesuaikan diri. Bagaimanapun, jangan sesekali mengenakan padanan yang sedondon. Anda akan nampak boring.

Satu lagi perkara yang tidak boleh dilupakan ialah, jangan lupa memakai deodorant yang mampu menyerlahkan ciri-ciri maskulin. Paling penting, ketika berbicara biarlah bersopan dan jangan sesekali memilih topik yang boleh membuat teman anda bosan.

Dengan gaya ini, bolehlah anda membawanya menikmati makan tengahari atau makan malam di restoran yang agak eksklusif. Tidak perlulah ke restoran lima bintang, memadai dengan membawanya ke San Francisco Steak House, La Bodega atau Hard Rock Cafe. Selepas menjamu selera, bolehlah membawanya untuk menonton filem di pawagam. Menonton teater pun apa salahnya.


3. Funky Style

Mungkin ramai yang tidak mahu bergaya sebegini untuk janji temu kali pertama. Mengapa tidak kalau ia sesuai dengan karektor anda? Sekiranya anda seorang yang nakal, aktif, lasak dan berani, gaya ini memang sesuai dengan anda. Tetapi, terlebih dahulu pastikan ‘date’ anda itu orangnya sehati sejiwa dengan anda. Kalau tidak, baik lupakan saja, takut nanti dia berasa malu untuk jalan seiringan.

Apa yang boleh anda lakukan jika bergaya begini? Apa kata anda bawa si dia melakukan aktiviti yang agak lasak seperti go-kart, memandu ATV atau bermain skateboard. Mana tahu teman anda itu teringin hendak mencuba sukan tersebut. Jika ada konsert ‘underground’, pun boleh juga.


4. Man at Rest

Sepasang jeans dan T-shirt memang menjadi pilihan yang cukup popular di kalangan lelaki. Jika anda suka dengan padanan ini, pastikan anda memilih T-shirt yang warnanya tidak keterlaluan seperti merah, oren atau hijau terang.

Terbaik, sarungkan T-shirt berwarna putih tanpa sebarang motif. T-shirt putih membuatkan anda kelihatan ringkas dan bergaya. Paling penting ia boleh dipadankan dengan apa sahaja. Jika masih mahu memakai yang bermotif, pilihlah yang tidak keterlaluan dan ringkas. Selain itu, jangan pakai T-Shirt yang terlalu kecil atau besar.

Satu lagi kelebihan berpakaian ringkas sebegini ialah, teman anda pasti berasa tidak kekok dan mudah menyesuaikan diri. Anda juga tidak perlu susah-susah membawanya ke tempat yang mahal-mahal.


Ha! macamana? Sudah tahu gaya yang mana menjadi pilihan? Good luck on your FIRST DATE!