Sunday, January 18, 2009

Hyundai Coupe - Serlahkan Gaya Muda & Ranggi



Sering lihat di jalanan, namun tidak berkesempatan memandu dari model lamanya. Peluang memandu uji kereta sport atau coupe sebegini tidak harus dilepaskan. Hyundai Coupe 2.0 Auto terbaru dari generasi kedua ini memakan masa selama empat tahun untuk pembangunan rekabentuk dan teknologinya. Malah kini dengan kod nama GK menggantikan model sebelumnya dari siri RD, tampak lebih berketrampilan dan juga prestasi.

Pemanduan lancar dan berprestasi

Dengan enjin Beta dari aloi berkapasiti 1975 cc DOHC dengan 16 injap CVVT, anda merasakan ianya lancar dan bertenaga. Menghemburkan tork pada 186Nm @ 4500 rpm dan kuasa 143ps @6000 rpm, ianya satu pemanduan yang berprestasi.

Penukaran gear dengan sistem shiftronik empat kelajuan auto nyata tidak mengurangkan daya anjakan ketika menukar lorong atau bermula dari satu titik.

Malah hadir dengan HIVEC (Hyundai Integrated Vehicle Electronic Control) untuk pemanduan yang hebat dan selamat. Dari segi kelajuan pula, anda tidak terasa akan jalan tar yang kasar kerana sistem suspensi dari MacPherson yang terbukti berkesan menghadapi situasi begitu.

Terutama sekali di selekoh tajam di mana kenderaan tidak membuang. Lain-lain seperti sistem ABS (Sistem brek anti kunci), memberikan keselamatan membrek di tahap optimum selain beg udara di hadapan dan sisi.

Bergaya jiwa muda

Tidak mengira usia, sekiranya anda memandu Hyundai Coupe ini pasti jiwa akan sentiasa muda dan bergaya. Enjin bertenaga, penggunaan minyak yang jimat dan sporty antara ciri-ciri yang menjadi keutamaan kepada mereka yang gemar akan gaya ranggi.

Tampak garang dengan warna hitam, boleh juga anda bergaya lagak ala-ala James Bond. Namun paling nyata, pembangunan kenderaan ini selama empat tahun tidak sia-sia dengan hasil yang berseni ini. Mahu kelihatan muda sentiasa? Cubalah Hyundai Coupe!



Spesifikasi

Model: Coupe GK 2.0 DOHC CVVT
Enjin: 1975
Kuasa: (143ps) kuasa kuda pada 6000rpm
Tork: 186 (Nm) / 4500 rpm
Transmisi: 4 kelajuan automatik
Kapasiti minyak: 55 liter
Harga: RM129,917.50 (Atas Jalan tanpa insuran)

No comments:

Post a Comment