Sunday, January 18, 2009

Fesyen 1st Date Lelaki

First date atau temujanji pertama sememangnya membuatkan ramai yang tidak senang duduk. Apa tidaknya banyak perkara yang perlu difikirkan. Salah satu daripadanya ialah, pakaian apa yang perlu dipakai untuk pertemuan itu. Kalau tidak kena gaya, takut pasangan berasa tidak selesa atau malu untuk berjalan seiringan.

Maklumlah, wanita memang pentingkan penampilan. Jika si gadis tidak berkenan, pasti tiada lagi temujanji yang seterusnya. Kecuali ada sesuatu pada diri anda yang membuatkan si gadis tidak sanggup melepaskan diri anda begitu sahaja.

Satu fakta yang anda harus tahu, selain daripada memiliki rupa paras yang menarik, anda juga perlu berpenampilan menarik. Tak kan hendak keluar berselipar getah jika anda bercadang untuk membawa gadis idaman ke makan malam istimewa? Pasti ia pilihan yang teruk!

Jika anda mengharapkan ‘dia’ tampil menawan dan hot, anda juga perlu memberikan yang terbaik kepadanya. Barulah adil. Ingat! pandangan pertama selalu dijadikan panduan dalam memilih pasangan.

Masih tidak tahu apa fesyen yang sesuai digayakan? Tidak mengapa, di sini GUA berikan sedikit panduan untuk anda ikuti. Idea fesyen tersebut selain daripada praktikal, ia juga boleh disesuaikan mengikut aktiviti yang anda ingin lakukan bersama. Selamat mencuba!

1. Street Life

Gaya zip-up hoodie sebegini selalunya menjadi pilihan pemuda hip. Sangat selesa dan ‘kena’ apabila digayakan dengan denim berpotongan lurus. Jika anda mementingkan keselesaan diri dan juga pasangan, padanan ini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, pakaian ini kurang sesuai digayakan jika anda bercadang untuk makan malam romantik.

Jangan sesekali bergaya sebegini jika temujanji anda pada waktu siang. Sangat tidak sesuai kerana ia tebal dan boleh membuatkan anda kurang selesa jika cuaca terlalu panas. Lagipun, mesti anda tidak mahu berpeluh-peluh ketika berdating. Selain daripada kurang selesa, ia juga boleh mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan.


2. Live Smart

Jika ‘date’ anda suka dengan lelaki yang kemas dan ringkas, padanan ini sangat sesuai digayakan. Selain itu, penampilan ini memberi gambaran kepada si dia yang anda merupakan seorang yang kemas, teliti dan mudah menyesuaikan diri. Bagaimanapun, jangan sesekali mengenakan padanan yang sedondon. Anda akan nampak boring.

Satu lagi perkara yang tidak boleh dilupakan ialah, jangan lupa memakai deodorant yang mampu menyerlahkan ciri-ciri maskulin. Paling penting, ketika berbicara biarlah bersopan dan jangan sesekali memilih topik yang boleh membuat teman anda bosan.

Dengan gaya ini, bolehlah anda membawanya menikmati makan tengahari atau makan malam di restoran yang agak eksklusif. Tidak perlulah ke restoran lima bintang, memadai dengan membawanya ke San Francisco Steak House, La Bodega atau Hard Rock Cafe. Selepas menjamu selera, bolehlah membawanya untuk menonton filem di pawagam. Menonton teater pun apa salahnya.


3. Funky Style

Mungkin ramai yang tidak mahu bergaya sebegini untuk janji temu kali pertama. Mengapa tidak kalau ia sesuai dengan karektor anda? Sekiranya anda seorang yang nakal, aktif, lasak dan berani, gaya ini memang sesuai dengan anda. Tetapi, terlebih dahulu pastikan ‘date’ anda itu orangnya sehati sejiwa dengan anda. Kalau tidak, baik lupakan saja, takut nanti dia berasa malu untuk jalan seiringan.

Apa yang boleh anda lakukan jika bergaya begini? Apa kata anda bawa si dia melakukan aktiviti yang agak lasak seperti go-kart, memandu ATV atau bermain skateboard. Mana tahu teman anda itu teringin hendak mencuba sukan tersebut. Jika ada konsert ‘underground’, pun boleh juga.


4. Man at Rest

Sepasang jeans dan T-shirt memang menjadi pilihan yang cukup popular di kalangan lelaki. Jika anda suka dengan padanan ini, pastikan anda memilih T-shirt yang warnanya tidak keterlaluan seperti merah, oren atau hijau terang.

Terbaik, sarungkan T-shirt berwarna putih tanpa sebarang motif. T-shirt putih membuatkan anda kelihatan ringkas dan bergaya. Paling penting ia boleh dipadankan dengan apa sahaja. Jika masih mahu memakai yang bermotif, pilihlah yang tidak keterlaluan dan ringkas. Selain itu, jangan pakai T-Shirt yang terlalu kecil atau besar.

Satu lagi kelebihan berpakaian ringkas sebegini ialah, teman anda pasti berasa tidak kekok dan mudah menyesuaikan diri. Anda juga tidak perlu susah-susah membawanya ke tempat yang mahal-mahal.


Ha! macamana? Sudah tahu gaya yang mana menjadi pilihan? Good luck on your FIRST DATE!

1 comment:

  1. Jom Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Disini Agar Anda Kelihatan Lebih Kacak Dan Segak.....Jangan Segan2..Milikilah Badan Impian Anda Bermula Disini...

    ReplyDelete