Sunday, January 18, 2009

Rahsia Lelaki

Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka.
Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering
kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang
yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,
tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan
ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat
bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi
kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya
kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan
dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang
sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.



Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa
berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan
suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej
diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah
tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu.
Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu
kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata
yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen
dengan mana-mana gadis buat masa itu.



Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala
gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan
kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki
yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum
memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun
tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila
di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita
tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!



Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date.
Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras
rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap,
memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan
mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka
inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana
penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi
perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila
usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih
kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!



Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau
up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti
kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya
dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah
keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.



Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan
rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam
hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan
hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak
merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup.
Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai
pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam
hidup selepas kerjaya.


Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza
dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu
memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan
parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya
memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking
kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli
najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan
bola sepak.

2 comments:

  1. a'kum

    info yang sangat menarik... salam perkenalan dari fahmi latiff 66

    ReplyDelete
  2. terima kasih fahmi..teruskan follow my blogs

    ReplyDelete